Followers

:)

blogwalking

Isnin, 26 Disember 2011

mohon kerjasama 'like' page ini jika sayangkan agama !

assalamualaikum.
kali ini entry tenteng madrasah yang sedang kecoh dekat alor setar. min sebagai cucu kepada anak kariah madrasah itu terpanggil untuk menyelamatkan madrasah tersebut.jadi,
saya mohon like page ini. tekan sini:66::99:


sebab apa yang kecoh ? mungkin orang luar akan pertikaikan kenapa kami mempertahankan madrasah tersebut untuk tidak dirobohkan.

yang pertama.
itu adalah madrasah umat islam. yang min telah belajar dalam undang undang, mana mana rumah agama, masjid,surau,madrasah untuk umat islam, kuil untuk agama hindu, tokong untuk cina dan gereja untuk kristian adalah di larang sama sekali untuk dirobohkan. (maaf, sekiranya ilmu saya dapat ini masih cetek)

rasanya orang yang lebih dalam ilmunya pasti tahu tentang ini. jadi kenapa kerana pembangunan perlu di robohkan rumah ibadat ?

yang kedua.
sekiranya orang ramai tahu kedudukan bangunan yang bakal dibangunkan iaitu AMAN CENTRAL. terdapat 3 buah rumah ibadat. mungkin kuil hindu tersebut tidak tersenarai dalam kawasan pembangunan. TETAPI terdapat sebuah gereja yang betul betul bersebelahan dengan tapak pembangunan tersebut. situasi yang sama dengan madrasah ini. tidak pulak dirobohkan.
HAIRAN !

yang ketiga.
madrasah tersebut merupakan salah satu tinggalan sejarah. sudah lebih 100 tahun madrasah itu didirikan. mungkin bukan rupa bentuk asal sebab itu mahu di robohkan. tetapi. apa makna tanah wakaf ?

namun, pihak pemaju sudah pun membayar beberapa juta kepada kerajaan untuk memajukan kawasan tersebut. kerajaan telah pun berjanji mahu menyediakan surau baru untuk mengantikan madrasah tersebut DI DALAM SHOPPING COMPLEX AMAN CENTRAL.

secara relevanya memang semua shopping complex mempunyai surau. saya mahu bertanya. ada tak mana mana surau yang terdapat di dalam shopping complex membuat kenduri kesyukuran,korban,bubur asyura ? saya rasa tak ada lagi kejadian tu di Malaysia. takkan pak cik pak cik mahu kayuh basikal ke shopping complex semata mata untuk menunaikan ibadah ? berikanlah mereka keselesaan. mana ada shopping complex yang sunyi sepi. takkan nak azan dalam shopping complex.?

mungkin saya masih muda dalam bercakap hal ini. namun sebagai sebahagian yang terlibat dalam madrasah ini saya juga terpanggil untuk mempertahankan madrasah ini.
diharapkan suara kecil saya dapat membuka mata semua orang.


ini bukan mainan politik mana mana pihak ini hal agama.rumah Allah. tak bolehkan bangsa melayu bergabung mempertahankan rumah Allah dan tinggalkan politik sebentar ?


p/s: saya bangga dengan madarasah tersebut !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...