Followers

:)

blogwalking

Rabu, 15 Mei 2013

kembali normal

assalamualaikum..

lamanya tak mengupdate blog.. HAHA.. followers pun dah banyak lari ke ? banyak benda terjadi selama ni sampai tak terupdate.. TETT..

ok back to the point.. apa yang normal ? selama ni tak normal ke ??

untuk sahabat baik saya.. Azza Zahida

 tak pernah nak salahkan u ke apa sebab benda ni terlalu dan terjadi dengan pantas.. pada awalnya.. memang i dah agak tentang hal ni.. tapi..i pendamkan je u..

i cerita dekat sini sebagai perkongsian apa yang i pernah rasa selama 9 hari tu..

ok i start..

hari pertama

u call i masa i tengah drive malam tu kan.. then u call back i lepas tu u cakap Azim nak number phone i.. then  i cakap bagi jela sebab tujuan asalnya nak berkawan.. bagi i tak kisah as a friend.. end of the story..

then selang 5 minit, i dpt mesej dari Azim,

Assalamualaikum min, ni nombor telefon azim..

then i pun ok kan je la..

mesej punya mesej sampai la dia call i malam tu.. tapi i tak jawab pun.. sebabnya i rasa i tak selesa dengan dia..

end of day one


hari kedua

subuh subuh start hari kedua sampai la hari ke berapa i tak ingat 0645 pagi dia akan call i.. dan time tu i tak sure dia ada call u atau tak.. dia tanya ada apa apa perasaan tak dekat dia ??

honestly, i tak pernah jumpa lelaki yang i baru jumpa dia secara x sengaja baru 2 kali je jumpa terus tanya tentang perasaan ?? perasaan bersalah la jawabnya.. biasalah .. pagi.. i pun tengah mamun mamun layan dia.. then i cakap la tak terlalu awal ke ??

perkataan pertama terlintas waktu tu.. Desperate sangat ke azim ni ?? tapi tak cakap la macam tu sebab i tau azim ni cepat kecik hati..

habis kerja call i.. hah hari tu dia ada kawad kaki yela latihan sebelum  Hari Polis.. humm..

mesej selalu call pun selalu.. sampaikan i tak renggang langsung dengan phone..

hari ketiga

the killer Question.. bila nak datang jumpa family ?

secara logiknya.. As a perempuan.. rasa appreciate tak bila lelaki tanya macam tu ? for sure rasa bahagia.. even ada yang berkawan sampai 5-6 tahun pun belum tentu ada yang berani cakap macam tu..

ok ! sebagai perempuan tunggal dan anak tunggal dalam family.. mak i la tempatnya i bertanya.. patutkah atau tidak..

bagi mak i, terlalu awal.. yes.. memang terlalu awal.. ok.. sebagai perempuan, banyak benda i fikir, dah la terlalu awal relationship ni, i pun x sure lagi apa yang i rasa dekat dia.. dan macam macam lagi..

apa yang i boleh cakap waktu..

azim, tak rasa ke terlalu cepat sangat benda ni ? bagilah masa setahun dulu .. min pun tak kenal azim dan azim pun tak kenal min.

hari keempat

macam biasa.. tanya benda yang sama, dilayan umpama puteri yang dahagakan kasih sayang.. hello.. perempuan mana yang tak rasa dia dihargai macam tu tak akan jatuh hati dengan lelaki macam tu ?
for sure i sorang ja..

sebabnya u tau kan i macam mana.. i terlalu lembut hati dan hati i tak kuat untuk semua dugaan dan godaan.. nah ambik.. bahasa.. macam nak mintak kaki.. HAHA


apa yang i cakap i terima perlahan perlahan waktu tu.. tak boleh paksa..

then dia tanya lagi, dah rasa apa apa ke ? waktu tu i baru rasa macam ada rasa sayaang dekat dia.. tapi tak banyak.. tu pun dah buat dia rasa happy.. then dia cakap esok nak jumpa i.. DATE !


hari kelima

hari jumaat.. dari kuala perlis ke jitra.. naik superbike dia sat ja sampai kat kedai u.. time tu i hantaq cupcake kan u.. then dia dah pesan awal awal.. jangan bagitau azza tau.. then i pun say yes jela..


lepas tu tak sedar pulak yang ekzos moto dia bukan perlahan sangat bunyinya pun kan.. sampai u pun dengar.. then u buat x tahu.. lepas tu i keluaq u kata nak p date la tu kan..

dekat uncle john. i actually tak selesa berdua dengan dia even tempat terbukak macam tu.. lepas tu u pun call then u mai join kitaorang kan u..

ok.. disini bermula rasa tak sedap hati i..

i seolah olah teman u dengan dia date time tu.. itu yang i rasa.. honestly.
tapi i tak cemburu pun waktu tu.. i still ok.

bila malam tu dia call.. dia cakap seolah olah i tak layan dia sangat.. pandang dia pun tak mau..

ok .. in this situation.. u rasa i ni macam apa ??

then cara nak ambik hati dia.. i cakap i rasa peratus suka dekat dia tu dah semakin tinggi.. time tu i tak sure i tipu diri sendiri atau tak..

hari keenam

hari ni busy sikit sebabnya buat tempahan cupcake untuk u kan.. so tak banyak sangat sembang dengan dia.. tapi i ingat lagi.. hari ni la i bagi decision.. yes.. i accept dia.. padahal awal awal lagi i cakap .. bagi i masa setahun untuk kenal dia.. ni baru seminggu.. aiyoo..

hari ketujuh

sebab hari ni dia excited sangat.. yela.. i terima dia.. u pulak tak jadi nak p planner.. i pun keluaq date lagi dengan dia.. tapi kena p ambik dia kat rumah..

syak untuk kali kedua.

dia tanya i..

kenapa tak pakai cover shoes ?

setahu i.. u selalu sangat pakai cover shoes. i time i study je pakai..

i selesa lagi pakai selipar tu dari cover shoes..

masa tu terdetik..

Azim ni nak jadikan aku macam azza ke ?

then happy happy.. tengok wayang bagai.. lepas nak hantaq dia balik tu.. i perasan..
dia tak bising macam sebelum ni.. selalunya dia la pot pet sembang.. dah dia senyap i pun senyap je la.

i hantaq dia balik.. tak cakap apa sangat.. terus masuk dalam rumah..

petang dekat maghrib dia baru mesej i.. kata dia dah sampai perlis..

malam tu dia mintak nak tidoq awal.. sebab esoknya tu dia ada kawad sempena hari polis peringkat negeri perlis. ok la .. i faham la waktu tu..

hari kelapan

dia cakap dia letih dia nak rest..

hari kesembilan

dia cakap parents dia datang, ok i faham.. p la spend time dengan family dulu.

malam tu baru dia mesej.. dia cakap dia x ikut pun parents dia p makan dekat kuala perlis. dia cakap dia dah bosan makan kat situ..

then dia call i..

min, betulke apa yang kita buat ?

err... apa maksud azim ?

azim sekarang buakn azim yang dulu lagi..

maksud azim, selepas azza tolak untuk terima azim sebagai kekasih azim nak balas dendam dekat semua perempuan la.. so min la mangsa pertama azim ?

bukan macam tu.. azim tahu min dah terima azim seadanya.. tapi azim takut untuk lukakan hati min..

ok.. end of the story..

siapa cakap cerita princess and prince akan berakhir dengan happy ever after.. cerita melayu je selalu jadi macam ni.

ok kat sini.. judge sendiri.

selepas sebulan cerita ni. dengan mesej i tak dibalas i tau dia perluakan masa.. then x apa...

genap je sebulan dia call.. i tak taula u yang bagitau dia ke apa.. dia cakap dekat i..

carilah someone lain yang boleh bahagiakan kan i

so ambik kau .. faham sendiri situation dekat sini..

dia cakap nak jumpa i untuk bagitahu sendiri.. then i pun say yes la.. dalam masa sebulan.. tanpa call.. tanpa mesej.. sapa tak rindu.. masa tu masih ada rasa rindu lagi.. waktu ni bersamaan 19 April 2013

i pun get ready la kata nak jumpa.. dia cakap dalam pukul 3 jmpa dekt kedai u.. sebab tu i p kedai u.. konon konon nak ambik lace.. padahal nak jumpa dia.. i mesej x reply.. i p kat u.. dia pun xdak .. ok la fine..

esoknya i dapat tau dia jumpa u dekat kedai. ini kali ketiga i rasa something wrong.. dia cakap dekat u kan.. yang i kata ' kan best kalau kita tak kenal..' yes.. memang i mengaku..

sebabnya i fikir.. dia gunakan u nak berkawan dengan i.. bila i dah x ada apa2 between us.. mungkin dia awkward nak jumpa u.. maybe dia malu ke apa.. rupanya tak.. dia x macam tu..

4 MEI 2013

bagi i.. hari ni lah hari yang i rasa i betul betul sakit hati, rasa terhina dan rasa bodoh !

bila u cakap , azim call u.. dia ajak u kahwin dan u pulak bagitau i..

sebab tu i x duduk lama dkt kedai u.. i malu dengan u, i malu dengan munir.. nanti silap silap i menangis lagi..

i balik dalam keadaan menangis.. menangis depan mak i.. i bagitau mak i.. azim ajak azza kahwin.

 then mak i pun cakap.. mak dah agak.. dia gunakan azza kononya nak berkenalan dengan i tapi pada yang sama.. dia selalu jumpa u untuk lepaskan rindu dia dekat u...even u tak terima dia.. dia still mengharapkan u..

6 MEI 2013

kan i bagitau u yang i p x-ray tulang belakang i.. u pun cerita dekat dia sebab dia ada dekat kedai u kan..
sebab tu dia call i.. i rasa waktu tulah i rasa i kurang ajar dengan dia.esoknya tu u nak pick-up i kat rumah nak p ambik baju.. u cakap dia cari number telefon i dalam phone u. waktu tu i rasa.. nak cari apa lagi kalau dah buang i.. i tak perlu semua tu..

i mesej dia..

kalau dah buang number i, tak payah susah nak cari balik.. sebab bagi i, i ni macam hina sangat nak terima simpati dia tu.

waktu tu memang i akui, i tengah marah.

sebab tu entry ni kembali normal..

panjang tak panjang .. boleh cover untuk setahun tak entry ni..





Isnin, 25 Jun 2012

jom ber Cupcake

okey > short and simple. Do follow my new blog at http://www.meencupcake.blogspot.com/ for more info. Jom .. sapa nak tempah cupcakes !

Isnin, 30 April 2012

1 may atau 2 may ?

apa yang satu may atau dua may tu ?

kemungkinan result semester akhir akan keluar. oh ! takut rasanya..

rumusan sepanjang semester akhir.

SELLING

untuk kelas ni rasanya yang agak santai.. dengan lect yang kecik molek dan sporting. Alhamdullilah carrymarks pun sangat memuaskan. soalan final ? saya agak confident dengan dengan jawapan saya. kalau boleh rate dari 1-10 saya bagi 8 untuk kelas ini. yeah ! dengan team assignment yang sporting dan suka buat kerja last minute !! yeahhh.. thanks to erin,mia dengan azie sbb jadi teamates saya dalam kelas ini ... and tq to madam noor syahirah musa.

ISLAMIC FINANCIAL SYSTEM

lect yang paling rocks dan paling best.. itulah sir zainal. yang paling best semester ni dengan sir soalan test 2...
1) siapakah nama lect IFS ?
2) berapakah umur anda ?

memang terbaiklah...
thanks to erin,eton,zafirah dan mia... tanpa assignment kita jadi team.. yeah !!!

PRODUCTION OPERATION MANAGEMENT

lect ni agak kurang best mengajar. sbb untuk paper ini teori dan calculation sama banyak. tapi untuk part calculation.. FAILED. sebab lect hanya menggunakan example dalam buku yang dimana buku dijadikan rujukan tu pun salah.. macam mana kami nak tahu jawapan betul...

BUSINESS INFORMATION SYSTEM

lect yang paling stail habis.. sbb lect ni suka berkongsi ilmu dan suka bercakap... memang sporting ...

kenapa semakin lama semakin singkat eyk dia punya entry ni.. HAHA

INVESTMENT

team ni paling best... ramai kawan kawan saya dalam kelas ni.. tq to kamalia,as,dan ojex. sbb bagi kerjasama. sorry sbb trlalu push korang.. dan untuk team ni yang study last minute.. harap korang dapat score untuk paper ni.. hoyeah !!!

ISLAMIC ECONOMI

kali kedua bila lect amanahkan untuk handle forum. kelas yang hanya ada 17 orang pelajar memang x best.. ada yang beri kerjasama ada yang kurang.. tapi okeyla .. nanti nak update pasal forum tu..


itu lah subject semester ni... yeah !! takutt...


p/s: 1 may hari buruh dan selamat pengantin baru untuk sepupu saya nasir abd rahman dan pasangan.  esok konvoi !

menyesal mengenali dia

hai peeps...

tajuk entry tidak ada kena mengena dengan siapa siapa pun sebenarnya. lantaklah kalau ada siapa siapa yang terasa.sebenarnya min baru minta maaf kepada seorang yang min dah lama rindu dengan dia tapi selepas tu ada kejadian yang kurang enak min kena balik.

tapi x apalah.. betul kata mama dengan abah... kalau hilang orang macam dia pun x apa dari terus menghormati dia. sedih bila seseorang gunakan kita untuk kepentingan diri sendiri .

cuma satu menjadi tanda soal yang besar dalam kepala.. kenapa pindah kalau x ada masalah dengan budak rumah tu.. *mungkin sebab kontrak rumah dah tamat kot (monolog sendiri)

tak kisahlah kalau ada yang nak kaki report.. report la.. sebab rasanya saya dah tak ada respect kepada kamu.

kasihan kan orang lain dahulu sebelum kasihan diri sendiri ( prinsip selama ini yang min guna )

selepas ini, memang tak kan jumpa dah kan.. kalau jumpa pun sembunyi belakang tiang. bukan takut tapi takut tak respect.

sekian.

p/s : kepada kaki report.. reportlah selagi kamu nak report sebab saya berani kerana benar. lebih baik dari sebahagian orang yang suka cakap belakang.


wow.. dah lama x taip dekat blog !!

hai peeps !

wahh.. dah lama rasanya min x update cerita baru kan.. kesibukan yang sampai tahap melampau .
banyak nak cerita. pekara sedih, gembira... super gembira.. dan gementar...

tapi.. next entry okey ! bai !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...