Followers

:)

blogwalking

Rabu, 15 Mei 2013

kembali normal

assalamualaikum..

lamanya tak mengupdate blog.. HAHA.. followers pun dah banyak lari ke ? banyak benda terjadi selama ni sampai tak terupdate.. TETT..

ok back to the point.. apa yang normal ? selama ni tak normal ke ??

untuk sahabat baik saya.. Azza Zahida

 tak pernah nak salahkan u ke apa sebab benda ni terlalu dan terjadi dengan pantas.. pada awalnya.. memang i dah agak tentang hal ni.. tapi..i pendamkan je u..

i cerita dekat sini sebagai perkongsian apa yang i pernah rasa selama 9 hari tu..

ok i start..

hari pertama

u call i masa i tengah drive malam tu kan.. then u call back i lepas tu u cakap Azim nak number phone i.. then  i cakap bagi jela sebab tujuan asalnya nak berkawan.. bagi i tak kisah as a friend.. end of the story..

then selang 5 minit, i dpt mesej dari Azim,

Assalamualaikum min, ni nombor telefon azim..

then i pun ok kan je la..

mesej punya mesej sampai la dia call i malam tu.. tapi i tak jawab pun.. sebabnya i rasa i tak selesa dengan dia..

end of day one


hari kedua

subuh subuh start hari kedua sampai la hari ke berapa i tak ingat 0645 pagi dia akan call i.. dan time tu i tak sure dia ada call u atau tak.. dia tanya ada apa apa perasaan tak dekat dia ??

honestly, i tak pernah jumpa lelaki yang i baru jumpa dia secara x sengaja baru 2 kali je jumpa terus tanya tentang perasaan ?? perasaan bersalah la jawabnya.. biasalah .. pagi.. i pun tengah mamun mamun layan dia.. then i cakap la tak terlalu awal ke ??

perkataan pertama terlintas waktu tu.. Desperate sangat ke azim ni ?? tapi tak cakap la macam tu sebab i tau azim ni cepat kecik hati..

habis kerja call i.. hah hari tu dia ada kawad kaki yela latihan sebelum  Hari Polis.. humm..

mesej selalu call pun selalu.. sampaikan i tak renggang langsung dengan phone..

hari ketiga

the killer Question.. bila nak datang jumpa family ?

secara logiknya.. As a perempuan.. rasa appreciate tak bila lelaki tanya macam tu ? for sure rasa bahagia.. even ada yang berkawan sampai 5-6 tahun pun belum tentu ada yang berani cakap macam tu..

ok ! sebagai perempuan tunggal dan anak tunggal dalam family.. mak i la tempatnya i bertanya.. patutkah atau tidak..

bagi mak i, terlalu awal.. yes.. memang terlalu awal.. ok.. sebagai perempuan, banyak benda i fikir, dah la terlalu awal relationship ni, i pun x sure lagi apa yang i rasa dekat dia.. dan macam macam lagi..

apa yang i boleh cakap waktu..

azim, tak rasa ke terlalu cepat sangat benda ni ? bagilah masa setahun dulu .. min pun tak kenal azim dan azim pun tak kenal min.

hari keempat

macam biasa.. tanya benda yang sama, dilayan umpama puteri yang dahagakan kasih sayang.. hello.. perempuan mana yang tak rasa dia dihargai macam tu tak akan jatuh hati dengan lelaki macam tu ?
for sure i sorang ja..

sebabnya u tau kan i macam mana.. i terlalu lembut hati dan hati i tak kuat untuk semua dugaan dan godaan.. nah ambik.. bahasa.. macam nak mintak kaki.. HAHA


apa yang i cakap i terima perlahan perlahan waktu tu.. tak boleh paksa..

then dia tanya lagi, dah rasa apa apa ke ? waktu tu i baru rasa macam ada rasa sayaang dekat dia.. tapi tak banyak.. tu pun dah buat dia rasa happy.. then dia cakap esok nak jumpa i.. DATE !


hari kelima

hari jumaat.. dari kuala perlis ke jitra.. naik superbike dia sat ja sampai kat kedai u.. time tu i hantaq cupcake kan u.. then dia dah pesan awal awal.. jangan bagitau azza tau.. then i pun say yes jela..


lepas tu tak sedar pulak yang ekzos moto dia bukan perlahan sangat bunyinya pun kan.. sampai u pun dengar.. then u buat x tahu.. lepas tu i keluaq u kata nak p date la tu kan..

dekat uncle john. i actually tak selesa berdua dengan dia even tempat terbukak macam tu.. lepas tu u pun call then u mai join kitaorang kan u..

ok.. disini bermula rasa tak sedap hati i..

i seolah olah teman u dengan dia date time tu.. itu yang i rasa.. honestly.
tapi i tak cemburu pun waktu tu.. i still ok.

bila malam tu dia call.. dia cakap seolah olah i tak layan dia sangat.. pandang dia pun tak mau..

ok .. in this situation.. u rasa i ni macam apa ??

then cara nak ambik hati dia.. i cakap i rasa peratus suka dekat dia tu dah semakin tinggi.. time tu i tak sure i tipu diri sendiri atau tak..

hari keenam

hari ni busy sikit sebabnya buat tempahan cupcake untuk u kan.. so tak banyak sangat sembang dengan dia.. tapi i ingat lagi.. hari ni la i bagi decision.. yes.. i accept dia.. padahal awal awal lagi i cakap .. bagi i masa setahun untuk kenal dia.. ni baru seminggu.. aiyoo..

hari ketujuh

sebab hari ni dia excited sangat.. yela.. i terima dia.. u pulak tak jadi nak p planner.. i pun keluaq date lagi dengan dia.. tapi kena p ambik dia kat rumah..

syak untuk kali kedua.

dia tanya i..

kenapa tak pakai cover shoes ?

setahu i.. u selalu sangat pakai cover shoes. i time i study je pakai..

i selesa lagi pakai selipar tu dari cover shoes..

masa tu terdetik..

Azim ni nak jadikan aku macam azza ke ?

then happy happy.. tengok wayang bagai.. lepas nak hantaq dia balik tu.. i perasan..
dia tak bising macam sebelum ni.. selalunya dia la pot pet sembang.. dah dia senyap i pun senyap je la.

i hantaq dia balik.. tak cakap apa sangat.. terus masuk dalam rumah..

petang dekat maghrib dia baru mesej i.. kata dia dah sampai perlis..

malam tu dia mintak nak tidoq awal.. sebab esoknya tu dia ada kawad sempena hari polis peringkat negeri perlis. ok la .. i faham la waktu tu..

hari kelapan

dia cakap dia letih dia nak rest..

hari kesembilan

dia cakap parents dia datang, ok i faham.. p la spend time dengan family dulu.

malam tu baru dia mesej.. dia cakap dia x ikut pun parents dia p makan dekat kuala perlis. dia cakap dia dah bosan makan kat situ..

then dia call i..

min, betulke apa yang kita buat ?

err... apa maksud azim ?

azim sekarang buakn azim yang dulu lagi..

maksud azim, selepas azza tolak untuk terima azim sebagai kekasih azim nak balas dendam dekat semua perempuan la.. so min la mangsa pertama azim ?

bukan macam tu.. azim tahu min dah terima azim seadanya.. tapi azim takut untuk lukakan hati min..

ok.. end of the story..

siapa cakap cerita princess and prince akan berakhir dengan happy ever after.. cerita melayu je selalu jadi macam ni.

ok kat sini.. judge sendiri.

selepas sebulan cerita ni. dengan mesej i tak dibalas i tau dia perluakan masa.. then x apa...

genap je sebulan dia call.. i tak taula u yang bagitau dia ke apa.. dia cakap dekat i..

carilah someone lain yang boleh bahagiakan kan i

so ambik kau .. faham sendiri situation dekat sini..

dia cakap nak jumpa i untuk bagitahu sendiri.. then i pun say yes la.. dalam masa sebulan.. tanpa call.. tanpa mesej.. sapa tak rindu.. masa tu masih ada rasa rindu lagi.. waktu ni bersamaan 19 April 2013

i pun get ready la kata nak jumpa.. dia cakap dalam pukul 3 jmpa dekt kedai u.. sebab tu i p kedai u.. konon konon nak ambik lace.. padahal nak jumpa dia.. i mesej x reply.. i p kat u.. dia pun xdak .. ok la fine..

esoknya i dapat tau dia jumpa u dekat kedai. ini kali ketiga i rasa something wrong.. dia cakap dekat u kan.. yang i kata ' kan best kalau kita tak kenal..' yes.. memang i mengaku..

sebabnya i fikir.. dia gunakan u nak berkawan dengan i.. bila i dah x ada apa2 between us.. mungkin dia awkward nak jumpa u.. maybe dia malu ke apa.. rupanya tak.. dia x macam tu..

4 MEI 2013

bagi i.. hari ni lah hari yang i rasa i betul betul sakit hati, rasa terhina dan rasa bodoh !

bila u cakap , azim call u.. dia ajak u kahwin dan u pulak bagitau i..

sebab tu i x duduk lama dkt kedai u.. i malu dengan u, i malu dengan munir.. nanti silap silap i menangis lagi..

i balik dalam keadaan menangis.. menangis depan mak i.. i bagitau mak i.. azim ajak azza kahwin.

 then mak i pun cakap.. mak dah agak.. dia gunakan azza kononya nak berkenalan dengan i tapi pada yang sama.. dia selalu jumpa u untuk lepaskan rindu dia dekat u...even u tak terima dia.. dia still mengharapkan u..

6 MEI 2013

kan i bagitau u yang i p x-ray tulang belakang i.. u pun cerita dekat dia sebab dia ada dekat kedai u kan..
sebab tu dia call i.. i rasa waktu tulah i rasa i kurang ajar dengan dia.esoknya tu u nak pick-up i kat rumah nak p ambik baju.. u cakap dia cari number telefon i dalam phone u. waktu tu i rasa.. nak cari apa lagi kalau dah buang i.. i tak perlu semua tu..

i mesej dia..

kalau dah buang number i, tak payah susah nak cari balik.. sebab bagi i, i ni macam hina sangat nak terima simpati dia tu.

waktu tu memang i akui, i tengah marah.

sebab tu entry ni kembali normal..

panjang tak panjang .. boleh cover untuk setahun tak entry ni..





Isnin, 25 Jun 2012

jom ber Cupcake

okey > short and simple. Do follow my new blog at http://www.meencupcake.blogspot.com/ for more info. Jom .. sapa nak tempah cupcakes !

Isnin, 30 April 2012

1 may atau 2 may ?

apa yang satu may atau dua may tu ?

kemungkinan result semester akhir akan keluar. oh ! takut rasanya..

rumusan sepanjang semester akhir.

SELLING

untuk kelas ni rasanya yang agak santai.. dengan lect yang kecik molek dan sporting. Alhamdullilah carrymarks pun sangat memuaskan. soalan final ? saya agak confident dengan dengan jawapan saya. kalau boleh rate dari 1-10 saya bagi 8 untuk kelas ini. yeah ! dengan team assignment yang sporting dan suka buat kerja last minute !! yeahhh.. thanks to erin,mia dengan azie sbb jadi teamates saya dalam kelas ini ... and tq to madam noor syahirah musa.

ISLAMIC FINANCIAL SYSTEM

lect yang paling rocks dan paling best.. itulah sir zainal. yang paling best semester ni dengan sir soalan test 2...
1) siapakah nama lect IFS ?
2) berapakah umur anda ?

memang terbaiklah...
thanks to erin,eton,zafirah dan mia... tanpa assignment kita jadi team.. yeah !!!

PRODUCTION OPERATION MANAGEMENT

lect ni agak kurang best mengajar. sbb untuk paper ini teori dan calculation sama banyak. tapi untuk part calculation.. FAILED. sebab lect hanya menggunakan example dalam buku yang dimana buku dijadikan rujukan tu pun salah.. macam mana kami nak tahu jawapan betul...

BUSINESS INFORMATION SYSTEM

lect yang paling stail habis.. sbb lect ni suka berkongsi ilmu dan suka bercakap... memang sporting ...

kenapa semakin lama semakin singkat eyk dia punya entry ni.. HAHA

INVESTMENT

team ni paling best... ramai kawan kawan saya dalam kelas ni.. tq to kamalia,as,dan ojex. sbb bagi kerjasama. sorry sbb trlalu push korang.. dan untuk team ni yang study last minute.. harap korang dapat score untuk paper ni.. hoyeah !!!

ISLAMIC ECONOMI

kali kedua bila lect amanahkan untuk handle forum. kelas yang hanya ada 17 orang pelajar memang x best.. ada yang beri kerjasama ada yang kurang.. tapi okeyla .. nanti nak update pasal forum tu..


itu lah subject semester ni... yeah !! takutt...


p/s: 1 may hari buruh dan selamat pengantin baru untuk sepupu saya nasir abd rahman dan pasangan.  esok konvoi !

menyesal mengenali dia

hai peeps...

tajuk entry tidak ada kena mengena dengan siapa siapa pun sebenarnya. lantaklah kalau ada siapa siapa yang terasa.sebenarnya min baru minta maaf kepada seorang yang min dah lama rindu dengan dia tapi selepas tu ada kejadian yang kurang enak min kena balik.

tapi x apalah.. betul kata mama dengan abah... kalau hilang orang macam dia pun x apa dari terus menghormati dia. sedih bila seseorang gunakan kita untuk kepentingan diri sendiri .

cuma satu menjadi tanda soal yang besar dalam kepala.. kenapa pindah kalau x ada masalah dengan budak rumah tu.. *mungkin sebab kontrak rumah dah tamat kot (monolog sendiri)

tak kisahlah kalau ada yang nak kaki report.. report la.. sebab rasanya saya dah tak ada respect kepada kamu.

kasihan kan orang lain dahulu sebelum kasihan diri sendiri ( prinsip selama ini yang min guna )

selepas ini, memang tak kan jumpa dah kan.. kalau jumpa pun sembunyi belakang tiang. bukan takut tapi takut tak respect.

sekian.

p/s : kepada kaki report.. reportlah selagi kamu nak report sebab saya berani kerana benar. lebih baik dari sebahagian orang yang suka cakap belakang.


wow.. dah lama x taip dekat blog !!

hai peeps !

wahh.. dah lama rasanya min x update cerita baru kan.. kesibukan yang sampai tahap melampau .
banyak nak cerita. pekara sedih, gembira... super gembira.. dan gementar...

tapi.. next entry okey ! bai !!!

Ahad, 26 Februari 2012

semester akhir yang agak manis masam !

assalamualaikum reader ! ade ke ?? x kisah la... janji jawab salam tu :)


sorry sebab brtahun tak update blog ni.. sesangat la busynya... dengan kelas, dengan assignment dengan running man ! hahaahaha....

okay! title harini : semester akhir manis masam

apa yang manis apa yang masam ?

masam dulu :

pertama : kebanyakan kelas saya semester akhir bersama junior...
sebab apa masam ? sebabnya... junior sekarang x macam kami dulu yang respect senior...
alkisah bermula ada satu subject ni jadual ASALnya hari Jumaat jam 4ptg. tetapi dek kerana min je yang senior dalam kelas tu bersama dengan fyqah... budak junior dah tukar kelas ni pada : Jumaat jam 10pagi-1230 tghari. FYI... hari jumaat jam 11pagi sehingga 1230 min ada kelas . faham tak ceritanya kat situ... min dan fyqah hnya smpat belajar dlm kelas tu kurang dari satu jam. D*MN !

2 minggu berturut kelas tu masuk mcm rugi.. last2 jumpa lect tu mntak tukar waktu dia. selamat la boleh.. oke settle bab tu.

kedua : masih berkaitan dengan junior.
sebabnya. ada satu kelas ni x sepakat. susah woo.. bila senior2 masuk mcm kami ni repeat. semua pandang senior macam pelik.. ohh diorang ni repeat. HELLO.. tanyala dulu.. kesemua senior yang masuk kelas junior adalah mereka2 yang clash satu masa dahulu. ada yang drop. mcm saya! hahaa....

ketiga : kawan2 saya yg dah tamat pngajian semester lepas... mereka semua akan konvo 10 mac ni.. oh jangan ! tetiba perubahan baru. UNiSEL ada 2 kali konvo. kali pertama yang tak semeriah selalu di kampus Shah Alam. dn yang kedua di Bestari Jaya. itu 3 hari 3 malam. itu akan berlangsung 15-17 okt 2012....

tak best bila mereka konvo dulu. sekiranya x dapat konvo bulan 3 ni.. BURN la konvo mereka. macam apa kan... hanya dapat transkrip yang akan dipos ke rumah...

anyway..... selamat konvo korang !

manis nya tak banyak...

kesemua test, kuiz apa benda yang berkaitan tu.. saya dapati saya ada peluang yang cerah utk dapat kan pointer yang terbaik ! suka !!
itu je...
POYOkan !

hurmm... tak kisahlah... hurmmm.. okela.. nanti sambung !


Isnin, 2 Januari 2012

kecoh sana sini.. orang lain bersorak gembira

Assalamualaikum..

disebabkan entry lepas ramai gila pengunjung blog membaca entry lepas. bukan nak cari publisiti.
okay.. ini kisahnya..

malam tu bila MSK masuk aduan rakyat dan min update status dekat BBM.. ada ramai jugak PM min balik..

antaranya...

bagusla tuu.. masuk TV boleh dapat duit...

WOO!! popular la tuu

ntah apa apa nak di bisingkan...

itu antaranya...

sbnarnya min malu dgn bangsa sndiri...Melayu gaduh sana sini.. dikatakn oohh.. tu orang politik suruh.. bila kes mahasiswa UPSI... oh tu balaci orang... ada saja nak kaitkan dgn parti.. aduyaii...

okay.. min dah masuk 21tahun memang layak mengundi.. nak buat undi rosak laa macam ni... yang kes mahasiswa UPSI tu semua jenis tak sedar diri. maaf laa... tapi cuba fikir.. cuba tempatkan diri tu dekat negara yang sangat susah.. yang negaranya huru hara.. yang negaranya tak ada PTPTN... kan susah nak smbung belajar.. macam ni ke nak ajar anak murid bila dah jadi cikgu ??

dulu cikgu pernah masuk lokap.. tu la kot ayat 10 tahun akan datang...

saya sebagai pemerhati saja. malas nak cakap lebih lebih.. nanti kena saman pulak.

tapi.. cuba renung balik... semua yang berlaku.. MAJORITI orang melayu.. tolonglahhh perjuangkan hak melayu... agama ISLAM sebagai agama rasmi Malaysia tapi bila sentuh MSK orang ISLAM jual agama kerana duit. NAUZUBILLAH...

bila orang melayu gaduh sesama melayu.. bangsa lain siap sedia dengan jentera perangnya... jangan jadikan Malaysia berperang kaum sekali lagi..

bila baca komen dkt MSK page... ada org tu cakap org robohkan MSK utk jadikan surau/masjid yang besar..mungkin dia terlepas pandang... ada je masjid zahir dekat situ.. kalau x jadikan masjid... tapak baru untk gantikan MSK tu agak jauh dari tapak asal... pak cik pak cik tu naik gerek ja pun... tak payah jauh jauh...

MSK tak halang laluan utama... ada satu rumah ibadat dkt anak bukit yang betul betul tepi jalan cuma saiznya lebih kecil dari MSK tapi kerajaan sanggup belokkan jalan tak menganggu pun rumah ibadat tu...

kalau nak gantikan dkat dlam AC.. jangan jadikan surau tu serupa di SOGO,KL. kalau nak tau pegilah ke SOGO tngkat bawah surau.. anda sendiri tak sanggup nak solat disitu..


renungkan dan fikir balik sebelum berbicara...

p/s: baik memerhati drpda bersuara...

Isnin, 26 Disember 2011

mohon kerjasama 'like' page ini jika sayangkan agama !

assalamualaikum.
kali ini entry tenteng madrasah yang sedang kecoh dekat alor setar. min sebagai cucu kepada anak kariah madrasah itu terpanggil untuk menyelamatkan madrasah tersebut.jadi,
saya mohon like page ini. tekan sini:66::99:


sebab apa yang kecoh ? mungkin orang luar akan pertikaikan kenapa kami mempertahankan madrasah tersebut untuk tidak dirobohkan.

yang pertama.
itu adalah madrasah umat islam. yang min telah belajar dalam undang undang, mana mana rumah agama, masjid,surau,madrasah untuk umat islam, kuil untuk agama hindu, tokong untuk cina dan gereja untuk kristian adalah di larang sama sekali untuk dirobohkan. (maaf, sekiranya ilmu saya dapat ini masih cetek)

rasanya orang yang lebih dalam ilmunya pasti tahu tentang ini. jadi kenapa kerana pembangunan perlu di robohkan rumah ibadat ?

yang kedua.
sekiranya orang ramai tahu kedudukan bangunan yang bakal dibangunkan iaitu AMAN CENTRAL. terdapat 3 buah rumah ibadat. mungkin kuil hindu tersebut tidak tersenarai dalam kawasan pembangunan. TETAPI terdapat sebuah gereja yang betul betul bersebelahan dengan tapak pembangunan tersebut. situasi yang sama dengan madrasah ini. tidak pulak dirobohkan.
HAIRAN !

yang ketiga.
madrasah tersebut merupakan salah satu tinggalan sejarah. sudah lebih 100 tahun madrasah itu didirikan. mungkin bukan rupa bentuk asal sebab itu mahu di robohkan. tetapi. apa makna tanah wakaf ?

namun, pihak pemaju sudah pun membayar beberapa juta kepada kerajaan untuk memajukan kawasan tersebut. kerajaan telah pun berjanji mahu menyediakan surau baru untuk mengantikan madrasah tersebut DI DALAM SHOPPING COMPLEX AMAN CENTRAL.

secara relevanya memang semua shopping complex mempunyai surau. saya mahu bertanya. ada tak mana mana surau yang terdapat di dalam shopping complex membuat kenduri kesyukuran,korban,bubur asyura ? saya rasa tak ada lagi kejadian tu di Malaysia. takkan pak cik pak cik mahu kayuh basikal ke shopping complex semata mata untuk menunaikan ibadah ? berikanlah mereka keselesaan. mana ada shopping complex yang sunyi sepi. takkan nak azan dalam shopping complex.?

mungkin saya masih muda dalam bercakap hal ini. namun sebagai sebahagian yang terlibat dalam madrasah ini saya juga terpanggil untuk mempertahankan madrasah ini.
diharapkan suara kecil saya dapat membuka mata semua orang.


ini bukan mainan politik mana mana pihak ini hal agama.rumah Allah. tak bolehkan bangsa melayu bergabung mempertahankan rumah Allah dan tinggalkan politik sebentar ?


p/s: saya bangga dengan madarasah tersebut !

Rabu, 14 Disember 2011

masuk sini

assalamualaikum.

okay. ni announcement ye kawan kawan. memandangkan saya dah lupa email rasmi belog ni http://honeydotmadu.blogspot.com/ jadi saya dengan rasminya mnggunakan email rasmi yg boleh direct dgn blog ini sekarang. so. siapa siapa nak order boleh gunakan blog min ni x pun pakat pakat like honeydotmadu dekat facebook.









60:40

assalamualaikum :face38:

apa yg 60:40 tu ? sebenarnya tu sistem barulah. 60% utk carry marks 40% utk final exam. oke. nak tanya, musibah atau anugerah ? oke. bagi min anugerah kalau subject tu mengira. kalau membaca .. OMAAI... musibah.....:face59:..... kalau sistem dulu 40:60. utk paper mengira min akan dapat carry marks 35 dan ke atas. TAPI.. kalau paper membaca.. paling tinggi 26 je.. ni bila diberitahu sistem baru carry marks 60.. mcm senang tapi kena struggle .. :face63:.. dan. FYI. sem ni ada 3 paper yg mengira+membaca. dan lagi 3 paper mmg membaca punya, :face30:.. ALAHAIII..
SO.tgok jela flow sem ni mcm mna. :face32:


p/s: dah la sem ni final sem ku....:face53:

Selasa, 13 Disember 2011

akhirnya.. sedikit berhasil :)

assalamualaikum semua :9:

HOYEAHH ! *chickendance :71:emoticon29...

hehe.. berita gumbira buat diriku !walaupun xta banyak tapi saya akan teruskan. apakebenda yang min dok merepek ni ? HAHA. sebenarnya min nak kongsikan kegembiraan . sudah 5 hari diet dimulakan. berat saya sudah turun 1kg :face64:.. tu je oke bai ! emoticon29emoticon29emoticon29emoticon29emoticon29




hah ! tadi first day kelas mula. new sistem.60:40. masalah walaupun suka :face49:




p/s: apa 60:40 tu. next entry oke.emoticon14

Jumaat, 9 Disember 2011

saya cabar 100 hari. bersemangat ni ...

assalamualaikum :face57:

sebelum tu, min nak bagitau ini bukanya contest apa apapun. saja nak cabar diri sendiri. TAPI. kalau ada siapasiapa nak join cabar pun boleh. untuk sapa ? untuk diri sendiri jugak. tentang apa ?
tentang kesihatan diri sendiri. dah nak masuk alam baru 21 tahun kena lah pikir semua ni. lagipun ni macam azam baru la jugak. hahhh !

ni temanya : 100 hari menurunkan berat badan. nampak macam susah je dan mustahil. tapi. ni betul betul punya. saya nak badan saya dulu. haha. kes naik berat badan ni sebab dah kurang acara sukan. semenjak masuk sekolah sukan dan tak berapa nak aktif dah. haha. orang masuk sekolah sukan kenalah aktif ni tak. eh ! ni bukan SBJ okey. ni sekolah sukan negeri.

dalam 100 hari ni , min cabar diri min JANGAN makan nasi. sebenarnya tak mustahil. sebab. bila di shah alam, memang senang ta makan nasi. sebabnya tak ada mama yg nak tukang bebel sebab ta makan nasi dan abah yang selalu ajak makan dekat luar. HAHA. dan PLUS kurang ajakan dari kamalia. HAHA.

everyday min makan sup dan salad buah je. air kosong, air susu berperisa coklat, jus orange serta perahan air limau suam setiap pagi. kalau nak langgar pantang pun mungkin min tak akan ambik nasi. ambilla selain nasi serta benda yang bergoreng. FAST FOOD? OMMAAIII.. bab kes fast food ni menurut sumber satu biji burger MCd. kurang dri 300 kalori. so boleh la makan. tapi bukan everyday la.

tadi sedang asyik search pasal kalori ni jumpalah satu komen ni. dia cakap.


saya makan roti dan air milo sahaja. berat badan saya dah berkurang dari 80 ke 75kg.

min respect gila dengan anonymous ni. dia tahan gila.


exercise? pegi kelas naik moto. jalan ke kelas dah kira exercise la kan. PLUS . seminggu 2 kali akan cuci mata dengan kamalia. HOYEAH. nak jogg. tapi saya tak dibenarkan oleh mama sebab saya sorang je. HUHU ...

okay! siapa nak joint? sama sama lah kita dietkan. kita kongsikan apa yang patut.




p/s: harap tahan daulat la dengan makanan :face24:

Khamis, 8 Disember 2011

bila hati tegerak...

assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH. bersyukur pagi ni sebab apa yang di tunggu tunggu telah berkunjung tiba (cewah).. apa yang min cuba sampaikan ? result untuk sem 6 dah keluar :1: . dah lama kami ni semua tunggu keputusan. dulu katanya 1 dec. lepas tu tunda 6 dec. lepas tu keluar la pulak 12 dec. tapi akhirnya hari ni 8 dec. dia keluar jugak . walaupun ada penurunan dari segi pointer. min dah kira bersyukur sangat sebab tak payah nak repeat dan extend sem lagi. pinter tu turun sebab min jugak. min x confident dengan 2 paper. iaitu COMPANY LAW dengan RESEARCH METHOD. sebabnya min jugak. min akui. tapi alhamdulilah . paper yang sangat tak confident akhirnya membuatkan saya senyum bergumbira. :face64:. HOYYEAH ! untuk next sem semua paper untuk tahun 1 dan 2 punya. harap harap dapat lebih baik la. :face72:. min tak suka nak letak harapan tinggi tinggi. sebab takut kalau jatuh sakit. tapi min percaya dengan ketentuanya.:face44:



p/s : malu nak kongsikan berapa pointer. saya bukanya jenis menunjuk nunjuk emoticon10

Rabu, 7 Disember 2011

nilai diri sendiri

assalamualaikum

oke. sebelum apa apa .. sila lah muhasabbah diri sendiri. sebab kita ada hak untuk menilai diri sendiri bukanya orang lain.

diri min, min seorang...

-ve
1-pemarah
2- susah nak cakap hi
3-bukanya peramah mesra alam sangat
4-ikut kata sendiri
5-degil

+ve

1-penyayang
2-tak kedekut

min tak suka .
1- tunggu orang atau orang tunggu min
2-sakitkan hati orang


ni antara kawan kawan cakap dekat min. min ni seorang

1-garang
2-jujur
3-lawak
4-senang berkawan bila dah kenal lama
5- sombong


yang tu je yang min ingat. korang ? macam mana pulak ?



p/s : tanya sama pokok. apa sebab goyang...

L.O.V.E. is C.I.N.T.A. apa kes ni

assalamualaikum

bila difikirkan balik kan. umur dah nak masuk 21 tapi sampai sekarang min tak faham apa itu cinta. haha . mengaku ni. kalau guna en google banyak maksud kott. oke. ni maksud yang telah didefinasikan sendiri oleh min.

:n: cinta adalah penyatuan dua jiwa ( yakni suka sama suka bukanya bertepuk sebelah tangan) boleh menerima keadaan si pasangan, jujur, serta berusaha mengekalkan hubungan.Dan bukanya jenis bercinta dua tiga tahun lepas tu berpisah. :n:

secara kesimpulanya. min tak pernah lagi dapat merasai apa itu cinta. sampai ada orang tanya mama min bila min nak kahwin. last last nak suruh mama la pilihkan jodoh.

secara sukarela min kongsikan pengalaman.

1
berkenalan dari darjah 5 . min je kot tergilakan dia. menyesal pernah kenal dia. tapi tak apalah. pengalaman. min tunggu dia selama 9 tahun. tak pa tiada jodoh, sebabnya solat isthikharah min telah terjawab.

2
berkenaln semasa tingkatan 2 kot. anak cikgu yang mengajar min. bila dia cakap dia sayang min, min tak dapat kata apa. sebabnya min masih suka dekat 1. tapi dia sanggup tunggu sampailah dua tahun. min minta sampai situ sahaja sebab mama min cakap jangan anaiya kan perasaan orang. sebab min memaksa diri untuk menyintainya.

3
bila si dia cakap dia suka dan sayang min dari form 1. last last selepas spm dia baru beranikan diri cakap pekara yang sebenar. masih seperti yang ke 2 . sebab min masih teringatkan yang 1. tu pun selepas dinasihatkan oleh nenek min. minta di putuskan.

itu je la yang min pernah kenal hati seorang lelaki. tapi sekarang alhamdullilah. dah berjaya men'delete'kan memory dengan yang 1 tu. hidup baru sudah di mulakan.



p/s: sangat cuak untuk bekenalan :n::n:
assalamualaikum

nak cerita apa ? nak cerita yang lepas lepas dah basi. nak cerita yang baru ta ada yang best sangat pun. apa yang boleh nak dikongsikan sepanjang "percutian" saya dari blog ni macam macam berlaku. secara ringkasnya.

1
bila ada suara suara negatif. alahh biasalah. manusia takkan lari dengan kutuk sesama sendiri. bukanya apa. apa yang min sedih sangat bila cakap tak serupa bikin. bila depan lain belakang lain.biarlah. kalau nak difikirkan benda ni takkan sudahnya, maksudnya tiada pengsudahan... yang tua pun sama yang muda pun sama :face37:

2
gosip. bila ada middle man (MM) ni susah jugak, secara jujur min ni memang ta popular pun dalam kelas. ttba ada MM cakap. min, "TETT" kirim salam. bila MM jumpa si "TETT" , min kirim salam. WTH ! :face24: macam budak budak. kadang kadang memang la min dapat mendefinisikan erti lawak tu. tapi tak teragak agak. sampai bila min jumpa dia , min segan gila. tapi tak apalah. MM dah x dak untuk sem depan. HOYYEAHH ! tapi betulke min suka dia ? erk ! suka pribadi tak bermakna suka orangnya kan ...

3
3oct2011. hari ni merupakan hari paling menggemparkan. bila min mengofferkan diri utk di makeover oleh EYRA RIZAL (search la) dan hasilnya memang tip top laa, dan padahnya bila diupdatekan dekat FB selamat dipertunangkan ! sangat kecoh. dah. malas nak cakap pasal tu.

4
4oct2011 min ada project dengan group assignmnt . melaram gila semua kawan kawan min!
cantik mereka. dinner party with DBM. belangsung dgn jayanya walaupun ada suara sumbang. tak kisahla. janji semua bergumbira.

5
bila exam sudah bermula. saya sangat tension. tapi saya takut hasilnya. moga keputusan ok

:79:
:79:
:79:
:79:


p/s : bila ada orang ajak kapel. saya tolak. sekian . saya single :b:

maaf seribu kali maaf

Assalamualaikum

okay. short je entry ni.

saya minta maaf sebab dah lama tidak meng'update' blog saya.

FUHHH !

bersawang !

NEW LOOK ! ( simple je )

#okthanksbai
emoticon30


p/s: tunggu je la next entry

Jumaat, 19 Ogos 2011

jom masuk kontes !!!


assalamualaikum
sapa sapa nak joint kontest ni jom layan sini

jom cuci mata dengan hasil anak seni ni....

nama : 3kupang media
emoticonnajwa03









kenapa 3kupang ?


Idea penubuhan 3Kupang Media dicetuskan oleh Aiman Hakim(Aiman). Beliau mencadangkan agar diwujudkan satu kumpulan(team) supaya memudahkan kerja dalam kerja-kerja tangkap gambar kahwin. Mula-mula, Aiman Hakim bergerak secara solo, kemudian idea ini dipersembahkan kepada Anas Firdaus(Anas). Tanpa melengahkan masa lagi, Anas terus bersetuju. Rangka awal, kumpulan ini hanya tertumpu dalam bidang fotografi. Tidak lama kemudian, Aiman dan Anas berkenalan dengan Salihin Haji Ismail(Salihin). Salihin terus diserapkan ke dalam kumpulan ini.

Pada asalnya, kumpulan ini tidak mempunyai nama khas. Mesyuarat mereka bertiga berlangsung pada awal 2011, di mana, ketiga-tiga ahli, bersua-muka buat pertama kali, di Pak Tat Nasi Ayam, Alor Star. Pada ketika itu, setiap ahli tersipu-sipu malu. Maklumlah pertama kali berjumpa. Agenda mesyuarat lebih terarah kepada penubuhan kumpulan seperti yang dimaksudkan. Banyak isi-isi mensyuarat berkisarkan tentang flow dalam menjadikan kumpulan ini terus berjaya. Tetapi, nama kumpulan masih belum berjaya dicipta.

Waktu akhir mesyuarat, Aiman, Anas, Salihin pergi bayar dan dapat baki 30 sen(3 kupang). Lantas, kami bertiga terus bersetuju nama kumpulan sebagai 3 Kupang sebab dia RARE!

P/S : Ayat mau skema!


:65:nota kaki : tat nasi ayam tu sedap !


siapakah mereka :119:

pergh hensem :119: hensem banyak dari BEN | PHOTOGRAPHY . HAHA
:131:

  • Nama : Aiman Hakim
  • Umur : Young
  • Taraf Hensem :
  • Bidang : Fotografi, videografi
  • Nama : Salihin Haji Ismail
  • Umur : Veteran
  • Taraf Hensem :
  • Bidang : Fotografi, videografi
  • Nama : Anas ‘Ceym’ Firdaus
  • Umur : Very-very young
  • Taraf Hensem :
  • Bidang : Fotografi, video, designing, web developer



  • nak joint kontes mereka ?
    ini adalah rule and regulations 3kupang..
    100% copyright


    Kontes : "Saya dalam baju raya saya"

    Kategori :
    1 - Single
    2 - Couple
    3 - Group (family, kawan2, adik-beradik, etc)
    4 - Blogger

    untuk kategori SINGLE,COUPLE,GROUP sahaja

    Cara menyertai :
    1- Buka 'wall' / dinding 3Kupang Media di Facebook.
    2- Muat naik(upload) gambar anda di wall 3Kupang Media
    3- Atau send ke order@3kupang.com
    4-tunggu gambar anda dimasukkan dlm album PESERTA KONTES "SAYA DLM BAJU RAYA SY" terlebih dahulu
    5.ajak rakan like gambar anda

    untuk kategori BLOGGER sahajacara menyertai :

    1.para blogger harus buat entry berkenaan 3kupang media...xkisah la nk cerita pasai gambar kami..group kami...atau nk cerita pasai kontes nii..janji berkenaan dgn 3kupang media
    2.blogger boleh letak gambar2 kami di blog anda
    3.jika anda memerlukan info tentang group kami...anda boleh tnya atau pm kami bertiga AIMAN HAKIM, SALIHIN HAJI ISMAIL, ANAS 'CEYM' FIRDAUS
    4.copy link entry blog anda dan paste kt wall

    3kupang mediaCara pemilihan pemenang :
    1- Hanya 1 peserta dari setiap kategori akan diangkat sebagai pemenang.
    2.kami akan menilai dari segi kreativiti anda mempromote page kami(utk kategori blogger sahaja)
    3-kami akan menggunakan sistem khas application java utk memilih pemenang(utk kategori blogger sahaja)



    HADIAH MENARIK
    1 sesi photoshoot bersama 3kupang media
    *1printed photoinclude frame
    *gambar dlm bentuk soft copy(DVD)

    Terma & Syarat Penerimaan hadiah :
    1- Pemenang dikira melalui sistem like.paling bnyak like dikira sbg pemenang
    2- Sesi fotografi akan dijalankan di kawasan, Kedah/Selangor/ KL.
    3- Gambar secara print dan softcopy dvd akan dihantar melalui post.


    TARIKH TUTUP PENYERTAAN DAN LIKE2 PADA 30SYAWAL 1432H


    serius lawa !! semua boleh dilihat di FANPAGE 3KUPANG






    :65: min | jom like page min dekat 3kupang media ni

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...