

Idea penubuhan 3Kupang Media dicetuskan oleh Aiman Hakim(Aiman). Beliau mencadangkan agar diwujudkan satu kumpulan(team) supaya memudahkan kerja dalam kerja-kerja tangkap gambar kahwin. Mula-mula, Aiman Hakim bergerak secara solo, kemudian idea ini dipersembahkan kepada Anas Firdaus(Anas). Tanpa melengahkan masa lagi, Anas terus bersetuju. Rangka awal, kumpulan ini hanya tertumpu dalam bidang fotografi. Tidak lama kemudian, Aiman dan Anas berkenalan dengan Salihin Haji Ismail(Salihin). Salihin terus diserapkan ke dalam kumpulan ini.
Pada asalnya, kumpulan ini tidak mempunyai nama khas. Mesyuarat mereka bertiga berlangsung pada awal 2011, di mana, ketiga-tiga ahli, bersua-muka buat pertama kali, di Pak Tat Nasi Ayam, Alor Star. Pada ketika itu, setiap ahli tersipu-sipu malu. Maklumlah pertama kali berjumpa. Agenda mesyuarat lebih terarah kepada penubuhan kumpulan seperti yang dimaksudkan. Banyak isi-isi mensyuarat berkisarkan tentang flow dalam menjadikan kumpulan ini terus berjaya. Tetapi, nama kumpulan masih belum berjaya dicipta.
Waktu akhir mesyuarat, Aiman, Anas, Salihin pergi bayar dan dapat baki 30 sen(3 kupang). Lantas, kami bertiga terus bersetuju nama kumpulan sebagai 3 Kupang sebab dia RARE!
P/S : Ayat mau skema!
nota kaki : tat nasi ayam tu sedap !
